Showing posts with label Tips Kewangan. Show all posts
Showing posts with label Tips Kewangan. Show all posts

Tuesday, 5 April 2016

PART III : ASB Loan RHB Penipu?

MOHON BACA 
APA YANG SAYA KONGSIKAN 
DI BAWAH INI ...!!!

Di sini, saya ingin berkongsi apa yang saya sudah praktikkan menggunakan loan ASB ini atau LASB... Maaf, saya sekadar berkongsi apa yang saya amalkan dan praktik... Ingin saya tegaskan, saya BUKANNYA pakar kewangan ataupun pakar ekonomi bla bla... Saya hanya INSAN BIASA... Dan saya tegaskan juga, saya merupakan PEMBAYAR LASB YANG SETIA means saya bayar ikut waktu, tak pernah missed... Buat mereka-mereka yang bayar asyik lewat, asyik ada masalah, rasanya tak sesuai baca column saya ini.... Ramai orang menyalahkan dan menganggap LASB ni teruk, penipu, tau kikis duit orang bla bla bla termasuklah mereka-mereka yang profesional... Padahal LASB ini ada kebaikannya, tak kurang jugak ada keburukannya... Sama juga, bila anda join saham, bila anda tiada ilmu anda akan mengalami kerugian berbanding mereka yang berilmu... Sama juga, bila anda join simpanan emas/silver fizikal di tangan, anda kena ada ilmu dahulu baru anda melabur.... Jangan sesekali melabur tiada ilmu... INGAT! JANGAN MELABUR TANPA ILMU....

Di bawah ini, saya kongsikan kebaikan dan keburukan LASB ini... Saya rasa better saya mulakan dulu dengan keburukan LASB, bagi mata-mata mereka terbuka dulu sebelum buat loan.... 

   KEBURUKAN LASB   

1. Memakan credit limit
YA! Memang memakan credit limit... Buat mereka-mereka yang rasa payah sangat, liat sangat nak membayar, better tak payah buat LASB ini... Tambahan pula, jika mereka nak buat the other loan dalam masa terdekat, nak beli kereta, nak beli tanah, nak beli rumah, nak beli bini... Ehhh... Silap! Better tak payah buat LASB ini.... LASB ini dah jadi macam personal loan... Sebelum ini, maksimum LASB boleh dibuat setakat RM200,000, tetapi baru-baru ini saya dapat penyata ASB saya, saya boleh buat lagi RM160,000, sebelum ini saya buat RM50,000... So means, maksimum RM210,000 lah? Wowwww....

2. Kadar interest
Kadar interest LASB mengikut kadar terapung means berubah-ubah mengikut perkembangan mata wang/ekonomi negara kita... Payah bebenarlah nak cari kadar tetap untuk LASB! Sesiapa yang buat LASB guna kadar tetap, share ya! Kadar interest adalah bergantung kepada keadaan ekonomi semasa kita... Jika baik ekonomi kita, maksudnya baiklah dari sudut loan kita... Tiadalah bayar melebihi dari kemampuan kita... Macam saya sebut tadi, LASB dah umpama macam personal loan... Cuma bergantung kepada kebijaksanaan kita sahaja, bagaimana menguruskannya... Jika buruk ekonomi semasa kita? Lu faham-faham sendirilah! Mintak simpanglahhh

3. Rugi Masa
Time is a GOLD.... LASB dari sudut masa memang merugikan... Buat mereka-mereka yang konsisten bayar cantikss, cuma rugi dari sudut masa... Tetapi buat mereka yang bayar sekejap jadi cinderella, sekejap jadi hulk hogan, memang rugi masa dan wang sebab mereka kena bayar lebih dari sepatutnya... Lebih sikit ja, tak banyak pun... Hahaha... Klu dah lebih 3bulan berturut-turut bayar lewat, mau gak telan beribu-ribu.... Buat mereka yang dah terror invest saham BSKL, platform LASB ni tak sesuailah untuk korang... Sebab korang dah boleh jana juta-juta dalam BSKL tuhh... LASB ni sesuailah untuk cikedis macam kami ni hah!


   KEBAIKAN LASB    

1. Push Saving
Buat mereka yang payah nak saving, sesuailah platform ni dengan korang... Asyik tiap-tiap bulan, duit asyik lesap, langsung tak ada simpanan... Biarlah pihak bank yang pegang duit korang... At least, duit korang membiak bila buat LASB... Dari korang simpan sendiri, agak-agak bila nak membiaknya?

2. Pengganti Personal Loan
Macam saya sebut tadi, LASB ini dah umpama macam personal loan... Bila kita buat personal loan contoh 50k, ditolak dengan insuran dengan bayar 3 bulan awal bla bla, dapatlah cash di tangan dalam mungkin 40k lebih je... Banding LASB ini, kita bukan dapat cash on the spot... Kita buat loan ini, kita beli sijil ASB tetapi pihak bank yang akan pegang... Ikutlah tempoh perjanjian berapa lama nak pinjam, my advice better ambik paling lama macam saya buat 25tahun, so bulanan saya bayar sedikit banding saya buat short term contoh 5tahun... Make sure bayar konsisten yaa! Untung buat LASB 5tahun, lepas 5tahun baru dapat seketul duit 50k banding 25tahun... Macam saya ni buat term 25tahun, barulah dapat 50k,... Memang lambat tapi saya berpuas hati! Nak tau sebab apa saya berpuas hati? Nanti saya share! Jika dibandingkan buat personal loan, duit dah kurang, semput membayar bulan-bulan, duit yang pinjam tu ntah membiak ntah tak... Buat mereka-mereka yang sukar mendapat kelulusan buat personal loan, buatlah LASB ini... 

3. Tak Sombong
Untuk pengetahuan korang-korang semua, buat LASB ini agak mudah (bukan terlalu mudah) banding loan-loan lain.. Memang LASB ini tak sombong banding loan-loan lain... Sebab LASB ini terbuka kepada semua especially mereka-mereka yang berpendapatan rendah... So, buat korang-korang yang berpendapatan rendah especially bawah RM1,000, inilah peluang yang ada untuk korang.. Saya dengar student pun dapat kelulusan buat LASB! Baru-baru ini, saya buat LASB untuk my mom yang tak bekerja, LULUS! Tapi tukang bayarnya sayalah.. Hahaha... Auto-debit dari akaun saya untuk bayar LASB my mom... Saya buat LASB untuk my mom, untuk persediaan dia pergi Haji esok nanti.. InsyaALLAH...

4. Second-alternative KWSP
Tau kan KWSP itu apa? Shortform dari Kumpulan Wang Simpanan Pekerja... Alaa.. Duit gaji korang 11% dipotong untuk simpanan KWSP, dan ditambah 12% majikan beri... Buat mereka-mereka yang KWSP sikit jerrr, apa kata korang buat LASB ini.... Tapi, dengan syarat duit jangan diusik at least 3 years, biar duit tu membiak... Lepas-lepas tu, pandai koranglah manage duit korang.... Saya buat LASB 50k, saya buat simpanan untuk hari tua saya! Ingat nak tambah lagi, insyaALLAH dalam masa terdekat ini... Tahun lepas terminate dah 50k, dapatlah $$$$ ... Hehehe... Nie buat LASB 50k lagi.... Sebab saya target, nak kaya bila tua-tua nanti! Hahaha

5. Peluang TERBESAR kepada Mereka ***
Saya nasihatkan, buat LASB ini mesti ada target... Klu tak ada target, memang payah laa duit dalam ASB tu nak berkembang... Maaf, jika tak salah saya ASB ini dah umpama macam Unit Trust (ingat-ingat lupa daa nama) apa orang panggil perancang amanah, contoh macam Public Mutual, CWA dsb... Ada kawan saya, dia buat LASB target nak nikah! So, dia buatlah LASB ini... Dividen tiap-tiap tahun tu, dia simpan langsung tak usik... Dibiarnya berkembang... Alhamdulillah! Selamat dah nikah! Ada juga, si suami buat LASB untuk si isteri yang bergaji lebih tinggi darinya... Dirinya bergaji cuma RM1,000 banding isterinya RM2,000++... Dirinya sedar, tak berkemampuan, tapi cari alternatif buat LASB 50k diletak atas nama isterinya, bulanan auto-debit dari akaunnya... Itu sahaja dia mampu dengan keadaan kos sara hidup yang tinggi sekarang ini... Kebetulan pula, si isteri bijak menguruskan hal kewangan... Bonus untuk diri dan keluarganya! Nasib tak dapat isteri kaki boros... Macam saya, dividen setiap tahun saya ambil sedikit sahaja untuk rolling business, beli emas/silver bar dan saham... Alhamdulillah! Than, dapat modal balik, saya simpan dalam ASB balik.... hihihi

6. Tiada Kerugian $$$ buat Mereka yang Konsisten
Mungkin dari sudut masa, memang rugi... Tapi dari sudut $$$, insyaALLAH 'zero cent'... Sepanjang saya join LASB, kira-kira balik bulanan saya bayar macam dapat lebih lagi ada! Tahun lepas terminate LASB 50k selepas 3.5tahun (anggaran) saya join dengan bulanan saya bayar RM300, Alhamdulillah, lepas terminate LASB dapatlah 6k++ masuk dalam ASB saya termasuk pendapatan ASB,dividen dan bonus... Itu pun belum termasuk tiap-tiap tahun saya dapat sepanjang 3.5tahun tu... Oklah kan? Siapa yang nak bagi? Betul tak?

Kesimpulan .....
Mungkin ada lagi kebaikan dan keburukannya yang saya tak terlintas di fikiran... Mungkin tuan/puan boleh berkongsi jika ada pandangan lain... Sharing is caring maa... Siapa tak mau sharing, saya tak mau kongsi part seterusnya!

Maaf, Blog Berhabuk!

Minta maaf, blog saya berhabuk. Dah lebih setahun tak diusik...
Laptop kena mandi dengan jeruk Pak Ali masa misi ke Kelantan baru-baru ini... Ishh.. Ish...
Terkejut jugak ada yang tanya email dsb pasal Loan ASB... Adehh...
Maaf, saya tak sempat nak update!
Saya akan share berkenaan ilmu ASB!!!
TUNGGU.......

Friday, 6 June 2014

RUGI TAK BELI RUMAH


Ada beberapa kawan berpendapat,
"Better beli rumah cepat2 sebab harga rumah makin meningkat tahun demi tahun, RUGI OII RUGI, TAK BELI RUMAH DARI SEKARANG..."
Itu pandangan mereka...

Walaupun dirinya tahu, baki duit hujung bulan hanya tinggal seciput tak mampu cover untuk dirinya seorang, apatah lagi anak bini... Dengan loan kereta sebulan RM600, bil2/sewa/loan lain RM1,000, dengan gaji bersih di tangan hanyalah RM2,000... Ntah duit belanja mak di kampung dah bagi ke belum... Sampai nak bersedekah pun takut duit habis...

Syaitan bin Iblis pun mula menghasut,

"Alaa.. Hal mak di kampung, adik beradik lain kan ada.. Apa nak susah... Tak payah bagi lah, jimat skit duit ko tu.." (Sampai mak di kampung, menangis! Tak ada duit nak beli barang makan.. Tapi tak tergamak, mintak duit kat anak, takut susahkan anak...)



"Ishh... Bro! Buat apa ko bazir duit bagi kat pakcik nie... Membazir bro! Membazir! Nanti duit ko habis, ko nak mengemis tepi jalan?.." (Syaitan ketawa berdekah-dekah, jeratnya mengena!)


Last2 duit tetap jugak habis, tunggu seminggu dua lagi nak dapat duit gaji.. Terpaksa jugak menebal muka, meminjam duit dengan kawan2..

===============================================================================

Mungkin gara2 hal ini berebut2 nak beli rumah, orang lain ada rumah, dia pun pakat nak beli rumah jugak... Last2 ansuran rumah tertunggak berbulan2 sampai rumah kena lelong oleh bank... Tu pun masih ada hati jugak mengaku, rumah kena lelong hak dia jugak than masih stay di rumah lelong tu.. (malas nak sebut bangsa apa).. Sama jugak dengan kereta..

Nak beli sesuatu berpada2, ukur baju di badan sendiri... Fikirkan natijahnya dahulu... Buat pelbagai plan dahulu, Insyallah dipermudahkan... Biar masa berjalan, sekurang-kurangnya leher kita tak terjerut dek hutang, tidur malam kita pun enak dan selesa... DAN YANG PENTING, MATI KITA PUN DALAM KEADAAN TENANG.. INSYALLAH..


Monday, 17 June 2013

4 Prinsip Asas Kewangan Peribadi

Actually dah lama berazam nak settlekan hutang tapi apa boleh buat tiada ilmu dan kemampuan untuk settlekannya... Tapi Alhamdulillah hasil pembacaan dari pelbagai sumber dapat juga tips nya...

Antara 4 Prinsip Asas Kewangan Peribadi :


FOUR ok??

Bila dah betul-betul ada kesedaran dan semangat bebas dari segala hutang, mungkin sahabat semua boleh pakai PRINSIP KEWANGAN yang saya amalkan ni.
Prinsip #1: Beli secara tunai. Henti dan jauhkan segala urusniaga yang dinamakan ansuran, installment, beli dulu bayar kemudian, skim bayaran mudah dsb. Kalau terpaksa berhutang, itu maksudnya kita belum mampu beli barang tu.

Prinsip #2: Hidup di bawah kemampuan, bukan ikut kemampuan. Beli ikut keperluan, bukan ikut kemampuan, apatah lagi ikut kemahuan. Kalau mampu pakai kereta Proton Inspira, pakai Proton Persona jer lah dulu. Buang lah dulu perkataan “bergaya” dalam hidup tu buat sementara waktu sampai kita benar-benar mampu untuk bergaya.


Prinsip #3: Mulakan tabiat menyimpan. Sikit tak apa, asalkan simpan. Saya dulu pun mula menyimpan RM20 jer sebulan. Buat potongan gaji ke akaun Tabung Haji. Setiap kali naik gaji, saya akan tambah potongan gaji ke Tabung Haji. Kalau tak mampu simpan RM20 sebulan, simpan la RM2 sehari, masuk dalam tabung khas. Nanti hujung bulan masukkan RM2 sehari (RM60 sebulan) tu ke akaun bank.


Prinsip #4: Bina pendapatan kedua. Libatkan diri dalam bisnes, tapi bukan skim-skim 'bisnes'. Anggap gaji tu sebagai duit untuk hidup bulan-bulan, dan bisnes sebagai sumber untuk tambahkan simpanan. Simpan hasil bisnes 100%. Kalau nak guna pun, jangan lebih 50%!

Second income penting sebagai ‘backup’ income utama, dan untuk tambahkan simpanan. Azizi Ali, Pakar Kewangan Peribadi sarankan setiap orang perlu ada second income.

P/S: Doakan untuk saya supaya tiba menuju ke puncak jayanya-BEBAS HUTANG..!! 

Wednesday, 12 June 2013

Rancang Persaraan Anda

Oh ya! Lupa nak share topik yang mesti wajib ada bagi setiap pekerja iaitu  PERSARAAN  or in English RETIREMENT/PENSION... Are you get ready ladies and gentlemen??




Ada jugak beberapa ekor semut tak berapa tahu apa itu PERSARAAN ... Meh saya ringkaskan.. Pernah dengar PENCEN? Pencen dengan bersara itu same meaning lah! Bersara itu memang wajib bagi setiap individu yang bekerja apabila telah menempuhi satu usia yang agak lanjut, he must stop from any work... Bukannya dia kena FIRED or dibuang kerja ya! Contohnya, for government servant, diaorang ada 2 choice nak bersara umur 55tahun or 60tahun... Klu swasta, ada yang umur 60tahun dan ada juga yang "pencen" tika usia 75tahun... If tak salah, kat Jepun limit umur "pencen" tika usia 75tahun dan ada juga negara lain diwajibkan "pencen" tika usia 80tahun... GERUNNNN~~


Selalunya ada yang istilahkan bersara itu khusus untuk golongan berumur sahaja... Zaman sekarang, golongan muda pun ada yang nak "pencen" awal tau! Janji "fulus" cukup, so you can enjoy your life after that... Ohhh.. I like that! :) 


Tapi harus diingatkan, sediakan DANA PERSARAAN anda secukupnya ya! Jangan target simpan RM100,000.00 untuk 30tahun tup2 tak sampai 3tahun,  HABISSSS LECUNNN ... Mana nak cari? Jawabnya kerjalah tika usia anda sudah lanjut! Mood : Sedih Bagi golongan bekerja, antara inisiatif DANA PERSARAAN disediakan antaranya :
(a) Kumpulan Wang Simpanan Pekerja,
(b) Duit "Pencen" (khas untuk government servant),
(c) Inisiatif ketua/boss masing-masing (melalui bank/syarikat yang mengurus dana "pencen")

Sebelum saya lupa, dalam banyak-banyak website saya terjumpa satu website yang mungkin sedikit sebanyak membantu dalam persediaan persaraan kita... Tak 100% tepat mungkin dalam lingkungan 90% tepat agaknya... Maybe website ini, agaknya familiar bagi kita rakyat Malaysia.. :)

Click di sini!
Mari kita bincang pula berkenaan rancangan persaraan.. Bagi yang dah ada dan bersedia untuk merancang persaraan, sila abaikan yerr rancangan yang akan saya discuss ini... Malu beb coz I'm not professional...                       Sila sediakan kertas (better kertas putih hokey coz melalui kertas putih kita boleh memikirkan jauh ke hadapan dari kertas warna yang lain) dan sebatang pen... Utamanya sediakan diri anda sendiri!! Amaun $$$ dan masa, anda sendiri yang akan tentukan k... Saya cuma beri sedikit guideline sahaja...


Melalui kertas putih itu, anda tulis sahaja apa yang anda fikirkan (alert about this, never miss anything) selepas saya memberi poin-pointnya nanti okey? Mungkin bagi mereka yang sudah bersedia dengan "kelengkapan" seperti EPF, DUIT "PENCEN", INSURANS dsb, tak selamanya anda akan berasa selamat okey jika anda tidak ambik langkah berjaga-jaga.. "Kelengkapan" yang anda sediakan itu, sebagai inisiatif pertama dari anda.. Why not, anda sendiri sediakan inisiatif kedua buat anda... 

"Wehh.. Bro! Buang masa laaa!"

Ok! Saya tak paksa dan saya sendiri pun tak rajin nak promot apa-apa barang/produk sekalipun k..


Di sini, saya senaraikan antara yang wajib kita fikirkan dan bersedia kemungkinan akan berlaku kelak, iaitu:
(a) TEMPOH (target umur anda nak bersara),
(b) AMAUN (berapa banyak $$ anda akan sediakan, jangan 100% harapkan EPF, duit pencen dll ok?),
(c) AMAUN untuk ANAK-ANAK dan ISTERI-ISTERI (khas untuk mereka yang berkeluarga),
(d) PARENT (buat mereka yang masih ada),
(e) ADIK-ADIK YANG KECIL/BERSEKOLAH (untuk adik-beradik yang masih kecil, kepada siapa mereka nak berharap kalau bukan anda?),
(f) PERSEDIAAN DI HARI TUA ANDA,
(g) PERSEDIAAN DI HARI ANDA TIADA KELAK,
(h) TETIBA KENA FIRED DARI COMPANY,
(i) TETIBA ANDA DITIMPA MUSIBAH (jangan terlalu berharap kat insurans semata-mata ok!)
(j) TETIBA NEGARA KITA DITIMPA MUSIBAH (saya tak mintak, cuma sebagai langkah berjaga-jaga sesama kita),
Main answers for the question all about this, are :
(a) PLANNING,
(b) MONEY,
(c) GOLD (atau SILVER, up to you) 
Why must GOLD?? Gold atau emas sebagai langkah berjaga-jaga kemudian hari... Tak rugi anda simpan k.. Meh saya ringkaskan bagi anda faham, sila tonton video di bawah.. :)


"Tu Zimbabwe, kita ni Malaysia bro! Boooooooo... "

Hellooooooo!! If you tak nak ambik tahu ke apa, please leave from my blog hokey! :P Walaupun itu negara Zimbabwe, kita ni Malaysia... Kita pun tak tahu apa akan terjadi di masa akan datang kan? Walaupun tok nujum atau pakar mana sekalipun, dia pun tak dapat nak jangka apa akan jadi ekonomi kita di kemudian hari kan?


I ask you all, dalam plan insurans diaorang promot kononnya apabila negara kita ditimpa musibah atau darurat, insurans akan cover untuk kita meliputi semua itu... Agak-agak korang betul ker?? Ada sesiapa pernah alami masa darurat or kawan-kawan korang dari mana-mana negara ker... Ker diaorang pun CABUTTT...?? Tik... Tok... Tik.. Tokkk...  Sampai sekarang pun, saya masih tertanya...


Actually, kedua-dua elemen antara MONEY dan GOLD, merupakan elemen yang cukup penting dalam hidup... My advice, simpanan anda haruslah sebanyak ini :

MONEY : GOLD = 30% : 70%

Itu pandangan dari saya --> not professional ... So, how about you? Sudahkah anda merancang dan bersedia menghadapi PERSARAAN anda?




Monday, 10 June 2013

Anda Nak Miskin atau Kaya?

Assalamualaikum wbt... 

Fuhh.. Lama juga tak update blog ni... Busy dengan keja ... Ni nak masuk semester baru, adehhh... Sesak nafas deng..!! Tambah2 lak dengar masalah kengkawan nak berenti kerja, dah bekerja bertahun-tahun tup2 tetiba nak berenti lak?? Pe kesss?? Macam biasa, tak tahan dengan tekanan kerja, kawan2 dsb... Lumrah dunia pekerjaan kann...?? 

Stresssss oiiiii!!
Walaupun saya masih muda (muda ker aku ni?) tempat kerja yang saya bekerja sekarang ni merupakan tempat yang ke-7.. Nie dah tukar jabatan, kira office yang ke-8 tapi tempat kerja yang sama.. Bermacam ragam saya tengok dari syarikat dulu hingga sekarang.. Lali dah oiii dengan pelbagai ragam kerja!!! 


Just for share (sharing is caring right?), tak kira anda berada di jawatan mana sekalipun, walaupun anda tukang cuci, kerani cabuk, pegawai besar dsb, anda seharusnya bijak dalam mengurus hal keperluan anda seharian terutamanya soal sensitif sensentap WANG..!! Next about, MASA... Highlight di sini ya, BIJAK...!!!

Sama balance hokey?

Sebab apa saya sebut WANG dan MASA..??
Buat yang baru mengenali dunia pekerjaan, masalah utama anda adalah pengurusan kewangan.. Betul kan? Rambang mata tengok itu ini, at last duit bocor belum tiba lagi di hujung bulan... Awal bulan dapat gaji, senyum memanjang... Tiba di penghujung, muncung tu dah memanjang sampai boleh ikat dah satu badan.. Betul kan? Berdasarkan pembacaan dan pemerhatian rakan-rakan di sekeliling saya, selepas 3-4 tahun selepas kerja baru ada hati nak simpan duit... See??


Baru ja dapat kerja, mata dah rambang... Tengok rakan-rakan lain hidup mewah dengan kereta mewah, baju sentiasa bertukar ganti, lipstik dah tebal 10 inchi dsb... Kita mungkin tak sedar, rakan-rakan yang hidup mewah tu, dari mana sumber dia dapat wallahua'lam... Kita sebagai pemerhati, dengan nafsu meluap-luap akhirnya tewas begitu sahaja sehingga sanggup berhutang gadai keliling pinggang (termasuk la saya juga, sedihh.. Nasib saya sedar cepat-cepat..)        
At last,
WANG dah jadi terbuWANG ...
MASA dah jadi MASAlah ...

Pernah dengar statement, 
"sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit..."

Yesss!! Itu ayat aku genggam sehingga sekarang ...!! Just for share, pernah dengar "Rich Dad, Poor Dad"?  Saya galakkan kalian beli buku ini.. Saya pun baru bacanya... Kandungannya cukup mantopp..!! Penggunaan bahasa Inggerisnya cukup mudah difahami... Ini antara buku yang saya beli.. Puas beb!

Tak clear eh, click pic ni kasi besar skit..
Tak kira siapa pun anda, yang penting adalah ANDA BIJAK DALAM PENGURUSAN WANG DAN MASA ... Belajar sahaja tinggi sehingga Degree ka Master, tapi hutang keliling pinggang sampai hidup pun tak terurus... Itu bijak ke namanya tu? Fikir-fikirkanlah ...

Tanya diri anda,
ANDA NAK MISKIN ATAU KAYA?


Wednesday, 6 February 2013

Hutang Berkat, Hutang Mudarat

"Kami dalam proses membuat hutang lagi setelah semua hutang kami langsai pada Januari 2007..."
“Hah? Hari tu kata tak nak buat hutang lagi”


Hmmm... Sebut pasal hutang, biasa la lumrah manusia nampak duit, RAMBANG BIJIK MATA... Hahaha... Kali ni saya nak discuss topik Hutang Berkat dan Hutang Mudarat.

Ada hutang yang boleh dikategorikan sebagai hutang ‘baik’ (Berkat), dan hutang ‘buruk’ (Mudarat). Hutang Berkat, kalau diuruskan dengan betul, akan menambahkan lagi kekayaan kita. Manakala Hutang Mudarat, selalunya mengikis kekayaan kita.


Hutang Berkat – Bertambah Nilainya

Hutang Berkat ialah hutang pada perkara yang makin hari makin tinggi nilainya, seperti membeli hartanah. Bahasa Inggerisnya dipanggil “good debt”. Katakanlah hari ini kita berhutang RM100,000, tetapi setiap tahun nilai rumah kita makin meningkat. Mungkin ia boleh mencecah RM200,000 pada 5 tahun akan datang. Sebab itulah bank akan mengenakan faedah tinggi untuk pinjaman perumahan, tidak sepertimana pinjaman kereta.




Hutang Mudarat – Susut Nilainya

Hutang Mudarat pula sebaliknya. Bahasa Inggerisnya dipanggil “bad debt” – jangan disalah ertikan sebagai Hutang Lapuk. Katakanlah hari ni kita beli kereta Myvi, keesokkan harinya nilai kereta itu boleh jatuh sehingga RM5,000! Lagi malang, kalau kita beli pada bulan Disember. Masuk saja bulan Januari (tahun baru), kita mungkin kerugian lebih banyak dari itu kerana nilai kereta akan dikira pada tahunnya, bukan pada umur sebenarnya.

Sudahlah nilainya semakin susut, bank pula mengenakan faedah atas pinjaman tersebut. Kita harus tanggung susut nilai, ditambah dengan faedah pinjaman. Yang miskin akan bertambah miskin. Kalau nak jadi lagi miskin, amalkanlah tabiat suka bertukar-tukar kereta – contohnya setiap 2 atau 3 tahun.





Bertukar Kereta Jalan Memiskinkan Kita

“Ahhhh... Bukannya banyak. Kereta dulu bayar RM500 sebulan. Kereta baru ni cuma RM600 jer sebulan. Top-up RM100 jer”
Itulah antara cakap-cakap orang yang suka bertukar-tukar kereta. Memang tak banyak bila dilihat pada installmentnya, tapi macam mana pula pada nilainya? Pinjaman kereta lama hanya tinggal RM20,000, tetapi kita menambah lagi hutang kepada RM80,000. Secara mudahnya, kita bertambah miskin sebanyak RM60,000!

Hmmmm... Inilah antara ‘rahsia’ kita payah nak jadi kaya. Puncanya adalah diri kita sendiri. Sebab tu kita lihat, ada orang yang pendapatannya kecil, tetapi masih boleh hidup seperti biasa. Tak pula kedengaran berkeluh kesah seperti kebanyakkan daripada kita.
Contoh Hutang Berkat – pinjaman perumahan dan pinjaman pelajaran. 
Hutang Mudarat – pinjaman kereta, ansuran perabot dan barangan elektrik, kad kredit.

Walau apapun, semua hutang ini masih perlu diurus dengan baik kerana Hutang Berkat boleh bertukar Mudarat kalau salah diurus.





IKLAN

7 Strategi Bebas Hutang

Di sini terdapat 7 Strategi Bebas Hutang hasil dari pembacaan dalam blog MohdZulkifli.com
Ini prinsip-prinsip yang saya gunakan dan Inshaa Allah akan saya amalkan untuk langsaikan hutang dalam masa 7 tahun (Gaji saya ciputt jer, tu target 7 tahun)..




Yang ni jangan dok amalkan yerr... Kesannya memakan diri kita..

Strategi #1: Jangan buat hutang lagi. Selagi kita boleh hidup tanpa hutang tu, jangan sekali-kali berhutang. Beli apa sahaja secara tunai. Kalau terpaksa berhutang, itu bermaksud kita belum mampu. So, kumpul duit dulu. My first motivation...




Strategi #2: Langsaikan hutang yang interest ratenya paling tinggi dulu. Contohnya, hutang kad kredit (18% setahun) kena settlekan dulu sebelum car loan (3% - 5% setahun). So, cuba list down semua hutang-hutang yang ada mengikut interest ratenya. Interest rate paling tinggi tu kena settlekan dulu.. Hutang yang tiada interest rate, selalunya saya bayar serentak! Walaupun tiada interest rate tapi yang itu pun kena jaga-jaga juga coz itu menyebabkan kita mudah cuai...

Hutang ‘berkat’ seperti housing loan perlu disettlekan paling last sekali sebabnya ia dikategorikan sebagai “good debt” iaitu hutang yang membuatkan kita bertambah kaya! 


Strategi #3: Buka Dana “Full-settlement Hutang”. Dana ni penting sebab kita dapat jimat banyak dengan cara full-settlement berbanding dengan tambah nilai installment bulan-bulan. Full-settlement maksudnya kita bayar nilai pokok jer, installment bulan-bulan maksudnya kita bayar nilai pokok + interest!

Antara sebab saya suka settlekan semua hutang jauh lebih awal dari tempoh sepatutnya ialah nak kurangkan bayar interest. Tak bazirkan duit bayar interest!



Strategi #4: Gunakan duit ‘durian runtuh’ seperti bonus tahunan untuk langsaikan hutang dulu. Dalam tempoh 4 tahun tu, saya gunakan sebahagian besar duit bonus untuk bayar hutang! Memang tak merasa sangat duit bonus masa tu. Kena mujahadah la sikit.



Strategi #5: Simpan duit kenaikan gaji tahunan 100% ke dalam Dana Full-settlement Hutang. Jangan gatal tangan usik dana tu! Setiap kali kenaikan gaji, saya akan kira berapa kenaikan kos sara hidup untuk setahun akan datang. Contoh, gaji naik RM200, kos sara hidup bertambah RM120 sebulan sebab seorang lagi anak masuk sekolah. So, penyelesaian masukkan lebihan RM80 (RM200 – RM120) ke dalam Dana Full-settlement Hutang.


Strategi #6: Bila dah settle satu hutang, simpan duit installment bulan-bulan seterusnya ke dalam Dana Full-settlement Hutang. Contohnya, bila dah buat full-settlement car loan yang installmentnya RM600 sebulan, simpanlah RM600 tu masuk ke Dana Full-settlement Hutang tadi. Jangan sekali-kali anggap duit tu sebagai ‘kenaikan gaji’, apatah lagi untuk tukar kereta baru!



Strategi #7: Bayar hutang secara automatik! Buat potongan gaji atau standing instruction di bank supaya kita tak lupa bayar. Bila terlupa bayar, itu yang jadi tertunggak tu.



Iklan sattt... :)