Wednesday, 6 February 2013

Hutang Berkat, Hutang Mudarat

"Kami dalam proses membuat hutang lagi setelah semua hutang kami langsai pada Januari 2007..."
“Hah? Hari tu kata tak nak buat hutang lagi”


Hmmm... Sebut pasal hutang, biasa la lumrah manusia nampak duit, RAMBANG BIJIK MATA... Hahaha... Kali ni saya nak discuss topik Hutang Berkat dan Hutang Mudarat.

Ada hutang yang boleh dikategorikan sebagai hutang ‘baik’ (Berkat), dan hutang ‘buruk’ (Mudarat). Hutang Berkat, kalau diuruskan dengan betul, akan menambahkan lagi kekayaan kita. Manakala Hutang Mudarat, selalunya mengikis kekayaan kita.


Hutang Berkat – Bertambah Nilainya

Hutang Berkat ialah hutang pada perkara yang makin hari makin tinggi nilainya, seperti membeli hartanah. Bahasa Inggerisnya dipanggil “good debt”. Katakanlah hari ini kita berhutang RM100,000, tetapi setiap tahun nilai rumah kita makin meningkat. Mungkin ia boleh mencecah RM200,000 pada 5 tahun akan datang. Sebab itulah bank akan mengenakan faedah tinggi untuk pinjaman perumahan, tidak sepertimana pinjaman kereta.




Hutang Mudarat – Susut Nilainya

Hutang Mudarat pula sebaliknya. Bahasa Inggerisnya dipanggil “bad debt” – jangan disalah ertikan sebagai Hutang Lapuk. Katakanlah hari ni kita beli kereta Myvi, keesokkan harinya nilai kereta itu boleh jatuh sehingga RM5,000! Lagi malang, kalau kita beli pada bulan Disember. Masuk saja bulan Januari (tahun baru), kita mungkin kerugian lebih banyak dari itu kerana nilai kereta akan dikira pada tahunnya, bukan pada umur sebenarnya.

Sudahlah nilainya semakin susut, bank pula mengenakan faedah atas pinjaman tersebut. Kita harus tanggung susut nilai, ditambah dengan faedah pinjaman. Yang miskin akan bertambah miskin. Kalau nak jadi lagi miskin, amalkanlah tabiat suka bertukar-tukar kereta – contohnya setiap 2 atau 3 tahun.





Bertukar Kereta Jalan Memiskinkan Kita

“Ahhhh... Bukannya banyak. Kereta dulu bayar RM500 sebulan. Kereta baru ni cuma RM600 jer sebulan. Top-up RM100 jer”
Itulah antara cakap-cakap orang yang suka bertukar-tukar kereta. Memang tak banyak bila dilihat pada installmentnya, tapi macam mana pula pada nilainya? Pinjaman kereta lama hanya tinggal RM20,000, tetapi kita menambah lagi hutang kepada RM80,000. Secara mudahnya, kita bertambah miskin sebanyak RM60,000!

Hmmmm... Inilah antara ‘rahsia’ kita payah nak jadi kaya. Puncanya adalah diri kita sendiri. Sebab tu kita lihat, ada orang yang pendapatannya kecil, tetapi masih boleh hidup seperti biasa. Tak pula kedengaran berkeluh kesah seperti kebanyakkan daripada kita.
Contoh Hutang Berkat – pinjaman perumahan dan pinjaman pelajaran. 
Hutang Mudarat – pinjaman kereta, ansuran perabot dan barangan elektrik, kad kredit.

Walau apapun, semua hutang ini masih perlu diurus dengan baik kerana Hutang Berkat boleh bertukar Mudarat kalau salah diurus.





IKLAN

1 comment:

Anonymous said...

memang susah hati tanggung loan ni! :(