Assalamualaikum wbt...
Fuhh.. Lama juga tak update blog ni... Busy dengan keja ... Ni nak masuk semester baru, adehhh... Sesak nafas deng..!! Tambah2 lak dengar masalah kengkawan nak berenti kerja, dah bekerja bertahun-tahun tup2 tetiba nak berenti lak?? Pe kesss?? Macam biasa, tak tahan dengan tekanan kerja, kawan2 dsb... Lumrah dunia pekerjaan kann...??
Stresssss oiiiii!! |
Walaupun saya masih muda (muda ker aku ni?) tempat kerja yang saya bekerja sekarang ni merupakan tempat yang ke-7.. Nie dah tukar jabatan, kira office yang ke-8 tapi tempat kerja yang sama.. Bermacam ragam saya tengok dari syarikat dulu hingga sekarang.. Lali dah oiii dengan pelbagai ragam kerja!!!
Just for share (sharing is caring right?), tak kira anda berada di jawatan mana sekalipun, walaupun anda tukang cuci, kerani cabuk, pegawai besar dsb, anda seharusnya bijak dalam mengurus hal keperluan anda seharian terutamanya soal sensitif sensentap WANG..!! Next about, MASA... Highlight di sini ya, BIJAK...!!!
Sama balance hokey? |
Sebab apa saya sebut WANG dan MASA..??
Buat yang baru mengenali dunia pekerjaan, masalah utama anda adalah pengurusan kewangan.. Betul kan? Rambang mata tengok itu ini, at last duit bocor belum tiba lagi di hujung bulan... Awal bulan dapat gaji, senyum memanjang... Tiba di penghujung, muncung tu dah memanjang sampai boleh ikat dah satu badan.. Betul kan? Berdasarkan pembacaan dan pemerhatian rakan-rakan di sekeliling saya, selepas 3-4 tahun selepas kerja baru ada hati nak simpan duit... See??
Baru ja dapat kerja, mata dah rambang... Tengok rakan-rakan lain hidup mewah dengan kereta mewah, baju sentiasa bertukar ganti, lipstik dah tebal 10 inchi dsb... Kita mungkin tak sedar, rakan-rakan yang hidup mewah tu, dari mana sumber dia dapat wallahua'lam... Kita sebagai pemerhati, dengan nafsu meluap-luap akhirnya tewas begitu sahaja sehingga sanggup berhutang gadai keliling pinggang (termasuk la saya juga, sedihh.. Nasib saya sedar cepat-cepat..)
At last,
WANG dah jadi terbuWANG ...
MASA dah jadi MASAlah ...
Pernah dengar statement,
"sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit..."
Yesss!! Itu ayat aku genggam sehingga sekarang ...!! Just for share, pernah dengar "Rich Dad, Poor Dad"? Saya galakkan kalian beli buku ini.. Saya pun baru bacanya... Kandungannya cukup mantopp..!! Penggunaan bahasa Inggerisnya cukup mudah difahami... Ini antara buku yang saya beli.. Puas beb!
Tak clear eh, click pic ni kasi besar skit.. |
Tak kira siapa pun anda, yang penting adalah ANDA BIJAK DALAM PENGURUSAN WANG DAN MASA ... Belajar sahaja tinggi sehingga Degree ka Master, tapi hutang keliling pinggang sampai hidup pun tak terurus... Itu bijak ke namanya tu? Fikir-fikirkanlah ...
Tanya diri anda,
No comments:
Post a Comment