Showing posts with label Sains Teknologi. Show all posts
Showing posts with label Sains Teknologi. Show all posts

Monday, 15 July 2013

ADAKAH ANDA SELALU MENGANTUK SELEPAS MAKAN TENGAHARI?

Mengantuk selepas makan adalah masalah biasa yang dialami kebanyakan orang selepas tempoh satu hingga dua jam selepas makan tengahari. Akan tetapi masih ramai yang tidak tahu, masalah biasa ini sebenarnya merupakan PETANDA PENTING badan kita KEKURANGAN AIR. Kekurangan air dalam badan akan menyebabkan jumlah oksigen untuk sampai ke otak berkurangan dan inilah puncanya kita berasa mengantuk sehingga sukar untuk memberi tumpuan selepas makan.


FUNGSI AIR UNTUK BADAN
Air merupakan bahan kedua terpenting di dalam badan kita selepas oksigen. Setiap saat kita kehilangan air melalui pernafasan, peluh, air kencing dan pergerakan usus.

Badan manusia mempunyai 70% air yang berfungsi untuk mengawal suhu badan, menghantar nutrien kepada organ dan tisu badan, membawa oksigen, perkumuhan serta melindungi sendi dan organ.

Kita digalakkan minum air 2 liter atau 8 gelas setiap hari. Kekurangan air dalam badan akan mencetus pelbagai implikasi. Antaranya:

✔ Badan cepat letih
✔ Dahaga
✔ Ketegangan otot
✔ Mulut kering
✔ Mengantuk
✔ Air kencing sedikit dan pekat
✔ Sakit kepala/migrain
✔ Kulit menjadi kurang kenyal
✔ Sembelit
✔ Masalah buah pinggang

Pastikan anda minum air yang bersih, selamat dan berkhasiat seperti air mineral atau air yang ditapis. Air yang bersih membantu meningkatkan sistem imunisasi badan, menghalang penyebaran toksin dan mengurangkan risiko mendapat penyakit.

pssstt : Terlebih makan tengahari pun mengantuk jugakkan...tambah-tambah kalau kerja tengah banyak...hehehehe

Thursday, 20 June 2013

Rahsia Di Dalam KAABAH MAKKAH

 Assalamualaikum wbt buat pembacaku yang dihormati. :)

Saya tertanya apakah isi kandungan dalam Kaabah sehingga hampir 1.57 billion umat Islam di seluruh dunia sujud ke arahnya? Seperti yang sedia maklum, Kaabah itu merupakan rumah Allah swt, Tuhan sekalian hambaNya. Setiap 1 Syaaban pintu Kaabah akan dibuka. Baru-baru ini, kakak angkat saya (baru balik mengerjakan umrah) bercerita bila pintu Kaabah dibuka, dia melihat dari jauh pelbagai spesies burung terbang-berterbangan keluar dari pintu Kaabah. Suaminya pula hanya melihat marmar di dalam Kaabah. SubhanAllah!! Bagaimana pelbagai spesies burung wujud dan boleh hidup di dalam Kaabah? SubhanAllah!! AllahuAkhbar!! Semuanya kuasa Allah.



Anyone pernah mengerjakan umrah dan pernah melihat pintu Kaabah dibuka? Share apa yang anda lihat kepada saya! Ingin terlampau ingin sesangat saya ingin masuk dan ingin mengetahui apakah isi dalam Kaabah yang sungguh menakjubkan itu! Ya saya tahu, hanya orang kebanyakan sahaja layak masuk dalam Kaabah itu, jadi siapalah saya. Doakan saya supaya dapat mengerjakan umrah secepat yang mungkin ya! InsyaAllah Haji menyusul kemudian.


Oh ya! Di sebalik kewujudan Kaabah pasti ada rahsia besarnya kan? Di sini saya senaraikan 15 rahsia besar Kaabah, antaranya :

1. Makkah adalah kawasan yang mempunyai graviti paling stabil.
2. Tekanan gravitinya tinggi, dan di situlah berpusatnya bunyi-bunyian yang membina yang tidak boleh didengar oleh telinga.
3. Tekanan graviti yang tinggi memberi kesan langsung kepada sistem imun badan untuk bertindak sebagai pertahanan daripada segala serangan penyakit.
4. Graviti tinggi = elektron ion negatif yang berkumpul di situ tinggi = doa akan termakbul kerana di situ adalah tempat gema atau ruang dalam masa serentak.
5. Apa yang diniatkan di hati adalah gema yang tidak boleh didengar tetapi boleh dikesan frekuensinya. Pengaruh elektron menyebabkan kekuatan dalaman kembali tinggi, penuh bersemangat untuk melakukan ibadat, tidak ada sifat putus asa, mahu terus hidup, penyerahan diri sepenuhnya kepada Allah.
6. Gelombang radio tidak boleh mengesan kedudukan Kaabah.
7. Malah teknologi satelit pun tidak boleh meneropong apa yang ada di dalam Kaabah. Frekuensi radio tidak mungkin dapat membaca apa-apa yang ada di dalam Kaabah kerana tekanan graviti yang tinggi.
8. Tempat yang paling tinggi tekanan gravitinya, mempunyai kandungan garam dan aliran anak sungai di bawah tanah yang banyak. Sebab itu lah jika bersembahyang di Masjidilharam walaupun di tempat yang terbuka tanpa bumbung masih terasa sejuk.
9. Kaabah bukan sekadar bangunan hitam empat persegi tetapi satu tempat yang ajaib kerana di situ pemusatan tenaga, graviti, zon magnetisme sifar dan tempat yang paling dirahmati.
10. Tidur dengan posisi menghadap Kaabah secara automatik otak tengah akan terangsang sangat aktif hingga tulang belakang dan menghasilkan sel darah.
11. Pergerakan mengelilingi Kaabah arah lawan jam memberikan tenaga hayat secara semula jadi daripada alam semesta. semua yang ada di alam ini bergerak mengikut lawan jam, Allah telah tentukan hukumnya begitu.
12. Peredaran darah atau apa saja di dalam tubuh manusia mengikut lawan jam. Justeru dengan mengelilingi Kaabah mengikut lawan jam, bermakna peredaran darah di dalam badan meningkat dan sudah tentunya akan menambahkan tenaga. Sebab itulah orang yang berada di Makkah sentiasa bertenaga, sihat dan panjang umur.
13. Manakala bilangan tujuh itu adalah simbolik kepada tidak terhingga banyaknya. Angka tujuh itu membawa maksud tidak terhad atau terlalu banyak. Dengan melakukan tujuh kali pusingan sebenarnya kita mendapat ibadat yang tidak terhad jumlahnya.
14. Larangan memakai topi, songkok atau menutup kepala kerana rambut dan bulu roma (lelaki) adalah ibarat antena untuk menerima gelombang yang baik yang dipancarkan terus dari Kaabah. Sebab itu lah selepas melakukan haji kita seperti dilahirkan semula sebagai manusia baru kerana segala yang buruk telah ditarik keluar dan digantikan dengan nur atau cahaya yang baru.
15. Selepas selesai semua itu baru lah bercukur atau tahalul. Tujuannya untuk melepaskan diri daripada pantang larang dalam ihram. Namun rahsia di sebaliknya adalah untuk membersihkan antena atau reseptor kita dari segala kekotoran supaya hanya gelombang yang baik saja akan diterima oleh tubuh.
Wallahua'lam.

http://www.jaguarpc.com/             

Wednesday, 14 November 2012

HACKER


Saya ambil beberapa petikan dari sebuah group Hacker :) I'm not hacker coz masih kategori BUTA KOMPUTER. Saya setuju sesangat pendapat kalian akan aktiviti hacker ini. Tetapi sayang sejuta kali sayang, gara-gara sesebuah system lemah, para hacker dituduh menjadi penceroboh dan penjenayah dan akhirnya ditangkap dan dipersalahkan! Ape kes??

Di luar negara, para hacker dialu-alukan menggodam dan menguji system di mana-mana syarikat. Ada saya terbaca perihal artikel ini sebelum ini, maaf saya tak ingat akan linknya. Pada pendapat saya, sebenarnya hacker terbahagi kepada dua kategori iaitu :
(i) Angel Hacker - Hanya menguji dan menggodam sesebuah system tetapi tidak mengubah segala isi dokumen, data dan sebagainya. Tidak mengambil sebarang faedah dari sesebuah system, cuma menguji akan kekuatan system itu dan mengasah skilnya.
(ii) Evil Hacker - Menggodam sesebuah system untuk mengambil keuntungan dan faedah semata-mata demi kepentingan dirinya sendiri.

Saya tak faham di Malaysia ini, hacker dipersalahkan akan kelemahan sesebuah system. Sepatutnya pegawai yang in-charge di bahagian website/server/system harus dipersalahkan akan kelemahan system berkenaan. Bukan para hacker! Sepatutnya korang berterima kasih kepada para hacker kerana menegur kelemahan kerja korang, ini tidak asyik diblamed! Buat para pegawai IT, korang dipilih bekerja di sesebuah syarikat/jabatan itu maknanya korang adalah YANG TERBAIK dari segalanya. Kalau asyik dan terus asyik blamed para hacker, maknanya korang bukanlah seperti yang diharapkan. Renung-renungkanlah...

#BUKALAH MATA ANDA, HACKER BUKANLAH SUATU JENAYAH,
HACKER CUMA PENGUJI#

P/S: Aku post hal ini sebab geram dan perihal kesedaran akan kepentingan hacker. Sokmo asyik ngomel masalah system, padahal masalah orang yang buat system tu.


Friday, 9 November 2012

Mikrocip Identiti Haiwan

Dari kanak-kanak kecil hingga dewasa, sekarang ini, haiwan pun dah ada passport sendiri. Sebenarnya dah dilaksanakan di negara lain, negara kita baru sahaja melaksanakannya. Bagi sesiapa yang ada haiwan kesayangan, eloklah pakai microcip ni ek. Lepas ni korang jangan dok meraung lak, haiwan kesayangan hilang ke apa. Ada inisiatif lain, korang tak mau buat. Hari tu, aku baca kat paper harga dalam RM 5.00 - RM 7.00. Tapi, lain pulak harga dalam KOSMO Online ini. Hurrmm.. Bagi sesiapa yang nak buat, silalah ke Jabatan Veterinar di kawasan masing-masing untuk maklumat lanjut!


Sumber: http://www.kosmo.com.my/