Wednesday, 26 June 2013

10 TIPS JADI JUTAWAN YANG BERJAYA



Menurut buku The Millionaire's Mind tulisan Dr.Thomas Stanley, terdapat 10 faktor kejayaan seseorang jutawan. Berikut adalah faktor menjadi seorang Jutawan, antaranya :

1. Jujur dengan Semua
Sifat jujur adalah sifat yang terpuji. Sifat yang terpuji ini biasanya disenangi dengan semua orang. Jujurlah dengan sesiapa saja pelanggan kita, jiran, kenalan dan orang ramai. Oleh sebab itu, jujur merupakan faktor utama untuk mencapai kejayaan seorang Jutawan.

2. Berdisiplin
Selalunya kalau syarikat yang baru diteroka, kita lah akan menjadi bos. Manjadi seorang bos sangat memerlukan disiplin. Kalau jadi bos, pergi kerja pun ikut suka, susah jugak la untuk berjaya. Bos biasanya menjadi contoh kepada orang-orang di bawah. Kalau bos tak da disiplin, jgn harap la bos nak boleh tegur anak buahnya dengan mudah. :)

3. Mudah Mesra
84% daripada kejayaan seseorang bergantung kepada mereka yang berada di sekeliling. Untuk menjadi seorang jutawan, mempunyai personaliti yang mesra dengan orang lain merupakan satu keperluan yang dimestikan. Ini akan membantu kita dalam mengembangkan rangkaian kenalan kita dengan lebih besar.

4. Pasangan yang Memahami dan Menyokong
Pepatah mengatakan bahawa, "behind every successful man, there is a woman." Bagi anda yang memburu kejayaan, amat-amat penting untuk mempunyai pasangan hidup yang benar-benar memahami dan memberi sokongan 200%.

5. Bekerja Lebih keras berbanding dengan Orang Lain
Untuk menjadi seorang yang berjaya, sesorang perlu keluar dari kepompong kebiasaan dan bekerja lebih keras berbanding orang lain. Orang kebanyakkan menghabiskan masa kurang 50jam seminggu dalam karier atau perniagaan masing-masing.

6. Mencintai Karier dan Perniagaan
Mereka yang bergelar jutawan sememangnya melakukan apa yang mereka suka. Tidak kisah sama ada makan gaji atau keja sendiri, yang pasti minat.

7. Mempunyai Kualiti Kepimpinan yang Tinggi
Hanya 2% sahaja daripada kita adalah ketua yang boleh memimpin .Golongan inilah sering kali berada teratas dalam industri masing-masing.

8. Mempunyai semangat Persaingan yang Tinggi.
Dalam mencapai kejayaan, kita perlu bersaing sama ada dalam perniagaan atau dalam dunia koprat. Persaingan yang baik mampu menaikkan semangat ingin berjaya di dalam bidang yang diceburi.

9. Cekap dalam Pengurusan
Mencapai tahap jutawan bukanlah one man show. Sering kali memerlukan bantuan org lain. Seorang jutawan perlulah cekap untuk pengurusan diri dan juga bijak menguruskan syarikatnya.

10. Kemahiran Menjual Produk Idea Sendiri
Memang secara faktanya, kebanyakkan jutawan adalah dari bidang perniagaan. Sebagai usahawan yang berkaliber, kebolehan seseorang itu menjual produk baru dan idea yang mantap mampu menjadikan seorang jutawan yang disegani.

No comments: