Fuhhh... Jutawan terkini di Malaysia adalah Tan Sri Ananda Krishnan memintas Robert Kuok! Syabas Tan Sri!! Tapikan bukankah Robert Kuok dah bertukar kerakyatan? Kenapa masih tersenarai lagi dalam senarai jutawan Malaysia ya? Anyone can explain here?? Confusing....
Syoknye laaa jadi JUTAWAN!!!
Tapikan mana nama Irfan Khairi... Datuk Siti Nurhaliza yer?? Rasanya ramai lagi jutawan Malaysia nie tapi diam-diam barangkali... Ehem.. ehemmm...
KUALA LUMPUR – Bilionair telekomunikasi, T. Ananda Krishnan kini bergelar orang terkaya di Malaysia apabila memintas ‘Raja Gula’, Tan Sri Robert Kuok dengan mengumpul kekayaan bernilai RM30.56 bilion.
Menurut kaji selidik akhbar berbahasa Cina Nanyang Siang Pau, Ananda mendapat lonjakan baharu dari segi kekayaan apabila saham Astro Malaysia Holdings Bhd. disenaraikan di Bursa Malaysia pada tahun lepas.
Menurut kaji selidik itu, Kuok yang memiliki pelaburan dalam sektor perhotelan dan resort, perladangan serta syarikat perkapalan tercicir daripada kedudukan orang terkaya di Malaysia dengan nilai harta berjumlah RM29.4 bilion.
Kuok dinobatkan sebagai orang terkaya di Malaysia pada tahun lalu berdasarkan ranking majalah Malaysian Business dengan harta bernilai RM45.7 bilion tetapi kekayaan itu susut sebanyak RM16.3 bilion pada tahun ini.
Tempat ketiga pula dikuasai tokoh perbankan dari Public Bank, Tan Sri Teh Hong Piow dengan nilai aset berjumlah RM15.1 bilion, meningkat sebanyak RM2.36 bilion berbanding RM12.64 bilion pada tahun lalu.
Actually, he my idol.. ;) |
No comments:
Post a Comment