Friday, 30 November 2012

PJJ Student or Full Time Student? Part Time Student?

Anda pening kepala, sama ada ingin menjadi PJJ student ataupun Full Time Student? 
"PJJ tu apa dia Miz Atom oii?"

Aduhh... PJJ maknanya "PI main JAUH-JAUH!!" ... Jangan mare.. Huhu... Makna rasminya adalah Pendidikan Jarak Jauh (PJJ)... PJJ ini direka khas khusus untuk warga pekerja yang ingin menambah pengetahuan, kenaikan pangkat, dan ada juga yang sekadar mengisi masa lapang... Sama juga dengan Pelajar Sambilan atau Part Time Student... Waktu pembelajaran khusus untuk PJJ student ini adalah singkat yang amat berbanding dengan Full Time Student... Yer la! Mana masa komitmen dengan kerja, belajar dan bagi yang sudah berumah tangga, lagi serabut otak depa! Masa enjoy? Entah bila...


Bagi Full Time Student, masa mereka sepenuhnya fokus ke arah pembelajaran semata-mata... Mungkin ada juga di kalangan mereka, curi-curi waktu cari pendapatan sampingan, mungkin ada juga yang enjoy dll... Wallahua'lam...

Saya kurang tahu akan suasana pembelajaran bagi Full Time Student ini. Cuma tahu la sedikit-sedikit dari info, pengalaman dan komen-komen dari kawan lain.. Yang saya nak fokus di sini adalah PJJ Student sebab saya merupakan salah seorang darinya! Makanya, saya ingin berkongsi bagaimana suasana, feeling, stress dsb...

FEELING DAN STRESS


Sesiapa yang baru bermula ambil Diploma PJJ mungkin lebih tertekan berbanding dengan yang bermula dengan Degree PJJ (yang dah ada title diploma holder la!)... Sebab apa saya kata gitu, sebabnya kami mungkin ketinggalan pelajaran agak lama... Ada yang mula ambil Diploma PJJ pada usia 40 lebih dan ada juga yang baru habis STPM terus ambil program ini.... Ayat yang sesuai untuk kami warga PJJ student, student-matured... Ahakss... Matured ke? Ada yang perangai macam kanak-kanak ribena, jeles sana jeles sini... Dengki sana dengki sini... Itu tak kena dan ini tak kena... Ada juga yang berusaha nak menjatuhkan kawan yang lain... Dan sebagainya.. Saya hanya mampu diam dan geleng kepala sajalah dengan hal ini... Semoga Allah memberi Hidayah kepada mereka... Tetapi tak kurang juga yang tak lokek ilmu, sanggup berkongsi sana sini, memberi kata-kata semangat yang kuat kepada rakan-rakan seperjuangan dan sebagainya... Alhamdulillah!!! Saya hanya mampu ucap terima kasih kepada kalian yang sudi dan terus membantu saya dalam usaha mengejar matlamat saya ini... Semoga kalian sentiasa diberkati oleh Allah swt... Aameen... Aameen.. Aameen...

WANG RINGGIT ($$$)



Memang tak nafikan, dari segi $$$ memang agak tinggi berbanding full time student... Rasanya double atau triple price dari full time student... Correct me if I'm wrong... Dengan kos minyak kereta nak ulang alik dari rumah ke tempat belajar... Memang nangis la terutama bagi mereka yang tak pandai nak budget duit... Macam saya! Dengar-dengar dari rakan yang ambil Degree PJJ cosnya around RM2,000.00 ke atas gitu... Bagi program Diploma PJJ, kosnya sekitar RM800.00 ke atas... Apa-apa pun semuanya bergantung kepada jam kredit yang anda ambil... Yang saya nyatakan harga di sini dalam 3-4 subjek gitu, anggaran dalam 9-12 jam kredit... Nangis oiii... Akan ku redah jua demi mencapai misi!!

TENAGA?



Mungkin korang dapat tangkap kowt, apa yang aku huraikan sebelum ini... Memang letih tetapi terasa macam berbaloi yang amat (ada yang cakap macam tak berbaloi)... Masa penuh diisi dengan hal-hal berfaedah (yer ke?)... Yer la, mana dengan kerja dari pukul 8.00 pagi hingga 6.00 petang... Kuliah hujung minggu ataupun sebulan sekali tetapi semuanya bergantung kepada lecturer nak buat kelas bila.. Ada yang dah sampai kelas, last-last kelas cancel... Klu dari rumah ke kelas jauh, ambil masa sehari nak sampai? Agak korang??

MASA


Masa memang singkat yang amat banding dengan full time student... Bagi saya, memang tak ada masa nak enjoy la! Sesiapa yang ada penyakit semput ka asma ka heart attack, better you think more before you take this programme... Saya cuma nak berkongsi pengalaman bagi sesiapa yang kerjanya mengurus hal-hal pensyarah dan pelajar IPT... Fikir banyak-banyak kali sebelum ambil program ini ataupun buat plan awal-awal dan ambil subjek yang korang rasa boleh go through!! Komitmen kerja mungkin lebih pada cuti hujung minggu... Utamakan kesihatan first k!

Agak-agak korang nak ambil Full Time Student atau PJJ Student? Ketuk kepala tanya minda la k! Kowt-kowt ada info lain hal ini, akan saya update dari semasa ke semasa.. Insyallah!

No comments: