Assalamualikum wbt..
Orang murtad (keluar dari Islam), heboh sana sini. Berita yang sudah berusia 5-10 tahun lalu, masih diulang, ulang dan ulang. Repeat order bagai nak rak. Tambahan pula, sesiapa kategori murtad-Islam since born lagi hot promosinya berbanding mualaf-murtad. Memang tidak salah tindakan tuan-puan itu, menyelamatkan Aqidah umat kita dan membantu rakan seagama kita. Memang digalakkan dalam Islam. Alhamdulillah! Teruskan.....
Tetapi yang nak saya tekankan di sini. Bagi golongan mualaf (yang baru memeluk Islam), golongan ini hanya dipandang sipi-sipi. Malah, ada yang memandang sebagai second-third class. Ada juga yang melekehkan keislaman mereka, contoh ayat glamer dari mulut beberapa hamba Allah,
"Eleh... Masuk Islam sebab nak kahwin.."
"Ntah ikhlas ntah tak..."
Ada juga memberi nasihat kepada saya,
"ko berhati-hati dengan golongan mualaf ini..." dan bermacam-macam lagi...
Astaghfillahal'azim... Tidakkah anda berfikir, sebelum mereka menukar agama kepada Islam, mereka telah membuat kajian sedalam-dalamnya berkenaan Islam. Malah ada yang lebih hebat pengetahuan Islam mereka berbanding yang born Muslim. Jikalau anda fikirkan 'masuk Islam sebab nak kahwin', dah jodoh mereka nak buat lagu mana. Contohnya anda sendiri, yang berkeinginan calon suami/isteri yang kacak dan lawa, tup2 dapat macam Shrek ataupun macam Beauty and the Beast. Dah ketentuan dari Allah, nak buat lagu mana. Terima sahajalah. Keikhlasan seseorang memeluk Islam, bukan kita yang tentukan tetapi Allah swt sahaja yang dapat tentukan. Tahap keimanan seseorang, hanya Allah swt sahaja yang boleh mengukurnya, bukan kita Itulah yang menjadi rahsiaNya dan tanda tanya kepada kita sehingga ke hari ini.
Ada juga yang takut gentar akan perjuangan missionary Kristian dll agama ke atas agama Islam. Apa kita nak takut, kita adalah agama majoriti di muka bumi ini. Insyallah selagi wujudnya semangat CINTAKAN TUHAN YANG SATU dalam sanubari kita, selagi itu kitalah di kalangan agama majoriti. Jikalau anda yakin 100% akan keunggulan Islam, anda semestinya tidak akan gentar akan perjuangan mereka. Ini tidak, siap beri pesanan berhati-hati akan air al-Baramkah, al-Mansori, dll jenis air yang diuar-uarkan... dan bermacam-macam lagilah berita...
Ingatlah, satu yang pergi,
sepuluh yang datang...
Satu yang pergi meninggalkan Islam,
sepuluh yang benar-benar ikhlas datang akan kebenaran Islam...
sepuluh yang datang...
Satu yang pergi meninggalkan Islam,
sepuluh yang benar-benar ikhlas datang akan kebenaran Islam...
Ingatlah,hanya satu agama sahaja yang sebenar-benarnya...
Carilah ia, selagi nyawa dikandung badan...
Carilah ia, selagi nyawa dikandung badan...
Ingatlah, kita akan dihidupkan semula selepas kematian
untuk dihisab dan dihitung ke mana arah kita...
Carilah ia, sebelum ulat memamah badan kita...
untuk dihisab dan dihitung ke mana arah kita...
Carilah ia, sebelum ulat memamah badan kita...
Ingatlah, wujudnya hadiah Allah buat kita iaitu syurga dan neraka...
Carilah amalan tersebut demi 'masa depan' kita selepas kematian...
Carilah amalan tersebut demi 'masa depan' kita selepas kematian...
Saya mohon maaf, jikalau terkasar bahasa. Sekadar luahan perasaan saya. Yang buruk, datangnya dari saya, yang baik datang dariNya. Jikalau anda fikirkan saya salah, silalah tegur secara berhemah. Saya bukan ustazah, saya hanyalah insan biasa. Peace no war. :)
********************************************************************************
No comments:
Post a Comment