Wednesday, 14 November 2012

Kahwin Ni Syok Ker ?

Kahwin... Kahwin... Kahwin... Topik yang sensitif dan agak sensentap. Tak kurang juga buat golongan yang sudah berkahwin (khas buat lelaki). Walaupun anak dah macam gerabak keretapi tetap ada hati 'muda' nak berkahwin lagi! Opss... No comment for this part! Apa-apa pun berhati-hati sebelum piring UFO terkena muka anda, ataupun tetiba saja isteri anda dari 'Wanita Melayu Terakhir bertukar jadi king kong'. Bahaya tu! :-D



Buat golongan bujang, topik ini asyik dan kerap dibincangkan. Tak salah nak berbincang tetapi berpada-padalah. Takut mengganggu konsentrasi anda terhadap kerja ataupun hidup anda. Topik yang tak ada faedahnya dibincangkan terus-menerus, hasilnya ntah bila akan berkesudahan. Betul kan? So, waste your timing and it's hurt your heart (Sayangilah hati anda setiap hari, VITAGEN!). 

Jikalau orang bertanyakan bilakah anda akan bernikah, jawab dengan senyum pun cukup. Masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Kebalkan hati, pekakkan telinga. Someone advice to me, kumpul duit banyak-banyak than melancong satu dunia! Hah! Setuju sesangat..!! :-D Nanti kahwin, nak pergi ke mana-mana pun payah. Betulkan? Ada beberapa kawan mengomel beritahu, 

"Tension dapat hubby tak suka berjalan-jalan, katak bawah tempurung. Bosan duduk rumah!", 

"Aku nak pi mana pun payah, anak aku masih kecik g..."

Sabar sahajalah sayang-sayangku. Syurga di bawah tapak kaki suami dan anak itu merupakan anugerah dari Allah swt yang tidak ternilai. Insyallah korang akan dapat ganjarannya. :)

Perkahwinan itu adalah satu komitmen yang cukup besar dalam hidup seseorang. Bak pepatah, umpama memikul besi di bahu. Kahwin bukan atas dasar syok-syok saja tetapi atas dasar BERTANGGUNGJAWAB. Saya highlight di sini, BERTANGGUNGJAWAB! Ya!! Anda bertanggungjawab terhadap suami/isteri dan anak-anak anda. Kahwin itu bukan sahaja berkahwin dengan si suami/isteri tetapi berkahwin dengan seluruh anggota keluarga suami/isteri. Bermakna, menjaga hubungan, hati dan menyambung hubungan silaturrahim dengan anggota keluarga suami/isteri. Bukan kahwin sejam dua jam than bercerai! Bukan ya! Berkahwin bermakna mengorbankan seluruh hidup anda sehingga ke akhir usia (Insyallah!) demi keluarga yang bakal anda bina (Bersediakah anda?).




Kebahagiaan yang dikecapi melalui perkahwinan terbit dari hati nurani manusia tidak dapat diluahkan jika ia hidup bersendirian tetapi harus dikongsi bersama pasangan masing-masing yang hak. Justeru itu, Allah menjadikan makhluk-makhlukNya, fitrahnya suka kepada sakinah (ketenangan) dengan kehidupan bersuami/beristeri dan seterusnya berkeluarga. Hidup berkeluarga ini pada dasarnya, lebih berkat, tenteram dan teratur berbanding hidup keseorangan, membujang atau menyendiri. Perkahwinan menggambarkan corak kehidupan sempurna yang diredhai Allah swt dan dianjurkan oleh Rasulullah saw. Rasulullah pernah bersabda,

"Sesiapa yang meninggalkan perkahwinan kerana takut kemiskinan maka ia bukanlah daripada golonganku.." 
(Sumber : Ustaz Ismail Kamus, Hidup Bertaqwa, 1992)

Seringkali mendengar rungutan para lelaki dan termasuk juga kaum ibu lelaki itu, mas kahwin/hantaran terlalu mahal mengalahkan artis. Maaf! Saya tak nak komen panjang-panjang. Nasib engkaulah lebah, engkau sendiri yang pi petik bunga itu. Klu engkau sayang dan cinta si bunga itu, go on sahajalah dan cukup-cukuplah mengomel. 

Buat si bunga, saya faham perasaan anda. Sekali seumur hidup kan? Ataupun anda cemburu melihat majlis rakan-rakan anda, cukup gah dan hebat? Ataupun anda ingin membuat quietly savings wang hantaran tersebut demi masa akan datang? (Untunglah si suami dapat isteri begini, awal-awal dah fikir savings) Buat kaum Hawa yang saya hormati sekalian, sebelum menetapkan keputusan, fikir-fikirlah dulu kesannya k. Gara-gara hantaran terlalu mahal, lepas kahwin si suami berhutang keliling pinggang dan gara-gara hantaran juga, sesebuah hubungan itu menjadi hambar. Jadilah kisah yang lalu, menjadi teladan buat kita. Buat kaum Adam, jangan salahkan hal ini kepada kaum Hawa sahaja. Salahkan diri sendiri juga sebab pilihan anda. Anda yang pilih. Anda yang tentukan pilihan. 

"Wehh.. Lu cakap la senang.. Bukan lu yang tanggung, gua yang tanggung!! Tau tak??"

Jikalau sudah namanya sayang dan cinta, korbankanlah, mungkin ada hikmah tersembunyi. Pilihan terletak di tangan anda bukan terletak di tangan sesiapa. :-)




~Bersambung~

No comments: