Friday 6 June 2014

RUGI TAK BELI RUMAH


Ada beberapa kawan berpendapat,
"Better beli rumah cepat2 sebab harga rumah makin meningkat tahun demi tahun, RUGI OII RUGI, TAK BELI RUMAH DARI SEKARANG..."
Itu pandangan mereka...

Walaupun dirinya tahu, baki duit hujung bulan hanya tinggal seciput tak mampu cover untuk dirinya seorang, apatah lagi anak bini... Dengan loan kereta sebulan RM600, bil2/sewa/loan lain RM1,000, dengan gaji bersih di tangan hanyalah RM2,000... Ntah duit belanja mak di kampung dah bagi ke belum... Sampai nak bersedekah pun takut duit habis...

Syaitan bin Iblis pun mula menghasut,

"Alaa.. Hal mak di kampung, adik beradik lain kan ada.. Apa nak susah... Tak payah bagi lah, jimat skit duit ko tu.." (Sampai mak di kampung, menangis! Tak ada duit nak beli barang makan.. Tapi tak tergamak, mintak duit kat anak, takut susahkan anak...)



"Ishh... Bro! Buat apa ko bazir duit bagi kat pakcik nie... Membazir bro! Membazir! Nanti duit ko habis, ko nak mengemis tepi jalan?.." (Syaitan ketawa berdekah-dekah, jeratnya mengena!)


Last2 duit tetap jugak habis, tunggu seminggu dua lagi nak dapat duit gaji.. Terpaksa jugak menebal muka, meminjam duit dengan kawan2..

===============================================================================

Mungkin gara2 hal ini berebut2 nak beli rumah, orang lain ada rumah, dia pun pakat nak beli rumah jugak... Last2 ansuran rumah tertunggak berbulan2 sampai rumah kena lelong oleh bank... Tu pun masih ada hati jugak mengaku, rumah kena lelong hak dia jugak than masih stay di rumah lelong tu.. (malas nak sebut bangsa apa).. Sama jugak dengan kereta..

Nak beli sesuatu berpada2, ukur baju di badan sendiri... Fikirkan natijahnya dahulu... Buat pelbagai plan dahulu, Insyallah dipermudahkan... Biar masa berjalan, sekurang-kurangnya leher kita tak terjerut dek hutang, tidur malam kita pun enak dan selesa... DAN YANG PENTING, MATI KITA PUN DALAM KEADAAN TENANG.. INSYALLAH..


No comments: