Saturday 7 June 2014

TOLONG JANGAN MEMBAZIR DUIT ANDA DENGAN BERDERMA

Kisah Benar 1 :
Ain rajin memberi makan kepada kucing2 dan anjing2 jalanan... Hampir setiap minggu apabila ada waktu terluang, memang sudah menjadi satu kemestian dia akan mencari mana2 kucing/anjing yang kelaparan, Ain yang memberi makan... Suatu hari, bossnya datang lambat... Kunci opis hanya ada pada bossnya... Terpaksalah Ain menunggu sorang2 di luar opis dengan keadaan sunyi sepi dan jauh dari orang ramai... Bertawakal sajalah dia... Dipendekkan cerita, datang seekor anjing hitam, berkurap lak tu... Anjing itu jauh dari Ain... Ada seorang lelaki dalam keadaan mabuk ntah dari mana cuba datang menghampiri Ain... Anjing kurap tadi dengan segeranya datang menghampiri dan mengelilingi Ain... Lelaki mabuk tadi tak berani lalu menjauhkan diri dari Ain...



Kisah Benar 2 :
Fazil, anak bongsu dari 3 adik beradik, tinggal bersama ibunya di kampung... Beliau hanya bekerja sebagai kerani sahaja di salah sebuah syarikat swasta... Dengan gaji bulanannya RM500.00 bersih, tak mampu untuk menanggung dirinya ape tah lagi yang lain... Adik beradiknya yang lain ntah lah, ada duit lebih sedikit baru kirim kepada ibu kalau tak ada jawabnya tak adalah... Kadang2 adalah dalam RM50.00 dikirim oleh abang, kakaknya RM200.00... Dengan keadaan kos sara hidup makin meningkat, Fazil hanya mampu menarik nafas dalam...

Abangnya sudah berkahwin memberi alasan, 
"Hang tak apalah belum kahwin lagi, komitmen tak banyak....Macam aku ni dengan anak dengan bini lagi, macam mana aku nak bagi duit lebih kat mak?Kak hang tu gaji besar, tak kan dia tak bagi duit kat mak? Belum kahwin lagi, pi mana duit dia?.." 

Kakaknya pulak,
"Abang hang tu anak lelaki, patutnya dialah lebih bertanggungjawab.. Apa pulak aku yang nak bagi... Tu pun nasib, aku bagi bulan2 kat mak.."

Selebihnya, Fazil yang uruskan... Senyum sajalah Fazil dengan telatah abang dan kakaknya... Abang dan kakaknya asyik merungut duit asyik tak cukup padahal gaji mereka lebih besar 4-10x ganda besar dari Fazil... Tapi Fazil bersyukur, setiap kali beli barang dapur/makan, duit dia tak pernah pun kering, dan dia tak pernah mintak duit kepada ibunya... Sedangkan setiap kali duit keluar-masuk, pasti dia akan buat rekod dan tak sesekali dia akan lupa.... Dia pun pelik dari mana datang duit lebih? Tak mungkin ibunya menyelit duit secara diam2 sebab locker Fazil dikunci rapi... Pelik?



Kisah Benar 3 :
Ana dan Ali sudah genap berkahwin 2tahun dan dikurniakan seorang cahaya mata yang comel bernama Farish... Ali memang rajin membantu orang, tak kira waktu... Setiap kali makan di luar, Ali akan mengajak bersama2 makan semeja, mana2 anak yatim yang lalu mengutip derma... Suatu hari, kereta mereka rosak... Terpaksalah Ali meminjam kereta opisnya untuk segala urusan pergi dan ambil isteri di tempat kerja, anaknya di taska dsb... Ketika di bank, laluan di situ tersangat sempit... Susah untuk kenderaan keluar masuk... Semasa Ali mengundur kereta yang dipinjamnya ke belakang, BUMPPP..!!! Bunyi kuat berdentum terlanggar kereta Myvi seorang amoi ini... Orang di sekeliling mereka, memerhatikan kejadian berlaku... Ali takut nak keluar dari kereta, terfikir berapa banyak fulus yang terpaksa dikeluarnya.. Nak tak nak terpaksa jugak keluar...

"Aiyaaaa.... You buat apa dengan keta guaa.... Aiyaaa.... Teruk lah!!....," bising amoi itu...

Apabila masing2 dah berjumpa dan tengok kereta masing2... Ali dan amoi tu terdiam... Kereta masing2 tiada langsung kesan calar mahupun kemek... Sedangkan tadi bunyi kereta berdentum kuat yang amat, sehinggakan orang sekeliling memerhatikan kejadian berlaku....

"Nasib tak ada apa2.... Bawak itu keta berhati2 ya...," pesan amoi itu...

P/S : Kisah ini adalah KISAH BENAR... Yang pernah berlaku kepada rakan-rakan saya, termasuklah saya sendiri... Bukan nak puji tapi ambiklah pedoman.. ;)

No comments: