Sunday 24 August 2014

Jodoh di mana engkau?

Dengan rasa rendah dirinya, aku nak jugak misi aku nak mencari jodoh BERJAYA..!! TARGET before 30 gitu... Chewahh.... Andai ditakdirkan belum bertemu jodoh, aku redha akan ketentuanNya... [dengan berlapang dada]



Sebelum ni, aku cukup malas, malas, dan malas gilerrrr nak fikir hal-hal jodoh, kahwin dan sewaktu dengannya... Mana taknya waste my timing..!!! Memang aku time ni bersemangat waja nak 'solo forever'... Better aku fikir hal masa depan aku, utamakan kebajikan parent aku, time ekonomi aku stabil, aku target nak ambil anak angkat... :-) Itulah plan aku yang asalnya, tak ada hati langsung nak fikir hal kahwin ni... Pasal lelaki? Hurmm... Buat pening kepala aku lagi adalah... Jujurnya, memang ada perasaan sedikit nak 'mencari' tapi gara-gara fi'il lelaki ni ntah hape-hape, better aku ignore jer... Banyak yang nak test market, main-main dan lain-lain... Apa? Korang ingat hati perempuan ni pakai main-main kah? Memang ramai lelaki cop aku ni 'minah hati kering'... Yer la, kenalah jaga hati sendiri, klu tak jaga, siapa lagi nak jaga kan? Hati kita sakit siapa yang tahu?? Hanya ALLAH ja tahu... 




Lelaki kan nak perempuan yang cantikss, cun, pandai jaga penampilan, lemah gemalai, gediks dan sewaktu dengannya... Aku ni jenis sempoi jer, malas nak touch up-touch up make up segala bagai, kasar lagi, cakap pun muehehehe siapa yang kenal aku tahulah macam mana perangai aku.... Tapi tuturan aku masih lagi tahap menghormati orang... Klu orang tu kurang diajar, aku balaslah secara penuh beradab dan profesional... ;-) Mak aku ajar gitu, so berpeganglah, InsyaALLAH sampai bila-bila ajaran bondaku terchenta....





Tambahan pula, hot issues la ni berkenaan hantaran mahal... Pernah terjadi kat kawan perempuan aku, parentnya sekadar menguji letak hantaran mahal-mahal, nak tengok macam mana kesanggupannya berkorban untuk anaknya... So, lelaki tu sanggup jer lah, bekerja siang malam... Time kerja sanggup bawak bekal dari rumah, kadang-kadang puasa, kadang-kadang makan roti kering jaa... Alhamdulillah, diaorang dah selamat dan dah ada anak seorang pun... ;-) Hal financial, rezeki ALLAH parent perempuan tu tak lokek... Ada saja benda nak dibeli.... Tinggi ke rendah wang hantarannya, jangan lupa yaa harga barang pun makin melambung... Kadar inflasi lagi... Apa-apa pun bersederhanalah!


Sumber tahun 2013


Wahai lelaki... Kalau benar engkau mencintai dia, mesti engkau sanggup redah kan walaupun hantaran setinggi gunung pun? Esok-esok nanti dah berkahwin, tetiba isteri/anak sakit, mesti memerlukan kos yang mungkin agak tinggi untuk merawat... Kalau setakat bakal mertua korang menguji sikit ni pun, korang dah kecoh satu dunia, apatah lagi esok-esok nanti dah berkahwin tetiba mengejut timpa musibah? Korang sepatutnya sedar level tanggungjawab korang berada di paras mana... Tak mustahil, isteri/anak korang 'mati katak' tengah jalan klu korang jenis kecoh satu dunia... Itu kalau nasib korang baik dapat mertua yang bagus begitu, kalau dapat species macam 'ular sawa' pun redha sahajalah ya...




Wahai wanita di luar sana, hope korang buka mata ya hal ini.... Jangan desperate sangat, kelak korang yang merana di kemudian hari... Ada hikmahnya juga, parent korang letak harga tinggi-tinggi... Jangan lak letak harga sampai RM1juta, nak mampus? Bersederhanalah... Segalanya bersederhana....




Apa-apa pun, aku pun tak menyokong hantaran terlampau tinggi sehingga mampu mengalah Gunung Everest...

===========================================================================================================

Apa menyebabkan tetiba aku ada semangat nak cari jodoh ni, tetiba muka aku terasa macam ditampar dek advice kawan aku sorang ni....


Dan bertambah semangat, aku lihat gambar keluarga bahagia yang juga sedara-maraku di Kuching yang merupakan mangsa nahas tragedi MH17.... Al-Fatehah buat mereka sekeluarga, semoga aman mereka di sana... Semoga Wa Nor sekeluarga tabah hadapi dugaan dan ujian dariNya... Takziah dari kamek sekeluarga di Kedah.... T_T


Melihat gambar ini, memang impian aku sesangat nak keluarga bahagia begini... Aameen! Aku nak nak sesangat future family aku klak jenis tak suka marah-marah, aman, harmoni, kalau ada masalah ke apa discuss sesama, penyayang, hormat menghormati, dan sebagainya... Harap-harap angan-anganku ini menjadi kenyataan! Aameen!


Mana tak nye, tengok kawan-kawan perempuan aku, time tak puas hati dengan si suami mulalah tubuhkan kumpulan 'isteri-isteri teraniaya'... Kononlah! Kalau ada masalah apa-apa, why not discuss la bersama suami korang, buat apa nak discuss dengan orang luar... Kalau takut nak discuss, apa gunanya korang berkahwin?? BODOH makan hati sorang-sorang...


Orang lelaki banyak yang berfikiran negatif pasal perempuan, anggapan diaorang, orang perempuan nak-nak kat lelaki disebabkan harta, rupa paras, kedudukan dan sewaktu dengannya... Kelakar jugak pandangan diaorang sebegitu... Hahahaha... Aku sendiri pun tak kebulur dan tak heran harta korang setakat 'sekangkang kera' andai harta boleh menyebabkan korang berlagak nak mampus, rupa paras korang sama standard macam 'lubang jamban' sampaikan korang pandang sebelah mata dengan orang tak berupaya, kedudukan korang ntah hape hape, korang lupa ker kedudukan ALLAH lagi tinggi dari korang? Come on la, let's think positive... Jangan disebabkan nila setitik, habis rosak susu sebelanga... Dari aku dapat species lelaki sebegini, bagus aku 'solo forever'.... 


Well, jodoh, rezeki, ajal dan maut semuanya di tangan ALLAH... Kita hanya mampu merancang, selebihnya DIALAH yang menentukan.... Moga ALLAH mudahkan segala urusan kita terutamanya dalam mencari jodoh.... HARAPAN~




1 comment:

Ismail Ahmad said...

salam.. baru jejak disini.. hurmmm., harap boleh kongsi info lepas ni