Saturday 17 May 2014

FASILINUS

Teringatkan teman sebilik, bekerja sebagai Fasilinus semasa berkursus di INTAN Sarawak... Beliau bercerita pengalaman kerjanya which handle pelbagai murid-murid yang bermasalah dalam pembelajaran... Tambahan pula, di kawasan pedalaman Sarawak jauh dari segala kemudahan jika dibandingkan murid-murid di kawasan bandar...

Sebenarnya di dunia ini, tiada budak yang bodoh... Tiada siapa yang dilahirkan sebagai insan bodoh... Allah menciptakan semua makhluknya, masing-masing ada keistimewaannya dan kekurangannya... Allah itu Maha Adil... Bagi saya, istilah insan genius lahir dari golongan kurang berada, tiada sebarang kemudahan, tekanan demi tekanan dihadapi terpaksa dilaluinya demi mencapai matlamatnya... Itulah INSAN GENIUS pada pandangan saya.. RESPECT THIS PERSON..!

Yang menjadikan budak itu 'bodoh' berpunca dari suasana persekitaran yang membuatkannya jadi 'bodoh'... Tambahan pula, tiada sokongan yang padu dari ibu bapanya... Teringat saya satu statement dari cerita Taare Zameen Par dilakonkan oleh Aamir Khan, "terdapat satu kawasan yang mana penduduknya tidak mahu menebang pokok, tetapi mereka membuat cara berkumpul di sekeliling pokok (yang dikategori bermasalah) dengan cara hari2 memaki pokok itu lalu tak lama selepas itu pokok yang besar menjadi layu akhirnya MATI.."





Alhamdulillah, keep it up the good works cikgu!
#sayabekasmuridbermasalah #Iknowmywaynow

No comments: