Tuesday 18 June 2013

Mansa Musa - Individu Terkaya di Dunia!

Kenalkah anda siapa Mansa Musa?


Mansa Musa
Menurut CelebrityNetWorth.com, Mansa Musa merupakan orang terkaya sepanjang sejarah kehidupan  dan mampu mengalahkan Warren Buffet (64 million) dan Bill Gates (136 million).



Beliau memiliki aset sejumlah $400 Billion (RM 1.2 Trillion). Mansa Musa merupakan raja empayar Afrika Barat yang merangkumi negara Ghana, Timbuktu dan Mali pada ketika itu. Aset kekayaan beliau ketika menghembus nafas yang terakhir pada tahun 1337 berjumlah USD $400 Billion!



Apa yang menyebabkan beliau terlampau kaya?
Pada ketika itu, separuh daripada pengeluaran garam dan emas di dunia adalah milik Mansa Musa!


Kisah Perjalanan Menunaikan Fardhu Haji (Tahun 1324H)
Perjalanan yang sangat popular ini sangat hebat!! Tidak pernah dalam sejarah seorang raja, khalifah, pemimpin yang mampu menyamai kehebatan beliau untuk perjalanan ke Madinah & Mekah. Tidak akan berulang sama sekali sejarah ini!

Untuk perjalanan dari Mali ke Mekah menggunakan unta mengambil masa setahun iaitu jaraknya kira-kira 4,800 kilometer. Untuk rombongan ini, beliau membawa sekali persiapan yang mengambil masa selama 2 bulan antaranya :
  • 80 ekor unta. Setiap seekor membawa 140 kilogram emas! (80 ekor x 140kg emas = 11,200 kilogram emas). Nilai 11,200 kilogram emas pada hari ini bersamaan dengan RM 1,680,000,000.00 (Satu perpuluhan enam lapan billion)!
  • 60,000 orang hamba sahaya. Setiap seorang membawa 1 paun emas @ 0.5 kilogram emas (0.5kg x 60,000 =30,000 kilogram emas). Nilai hari ini bersamaan RM 4.5 billion!
  • Isteri pertama membawa 500 orang pelayan wanita
  • Batalion tentera, doktor, guru agama, panglipur lara, penyair
  • Bekalan makanan seperti kambing, ayam, lembu

Apa yang menarik di sini adalah sifat beliau sebagai seorang yang pemurah hati:
  • Setiap hari Jumaat, beliau akan mengarahkan rombongan berhenti dan membuat bangunan masjid!
  • Sepanjang perjalanan jika bertembung dengan pedagang, beliau akan membeli barangan mereka dengan emas!

Selepas 8 bulan perjalanan, maka rombongan mereka tiba di Cairo. Apabila tiba di Cairo, beliau mengadap Raja Mesir iaitu Mamluk Sultan, Al-Nasir Muhammad pada Julai 1324.. Untuk persinggahan selama sebulan di Cairo, Raja Mansa Musa membayar sebanyak 50,000 kepada kerajaan Mesir..

50,000 x RM 600.00 = RM 30 JUTA

Setiap kali habis solat fardhu, beliau akan menyedekahkan setiap orang sebanyak segenggam emas selama sebulan! Sehari ada 5 waktu untuk menunaikan solat. 2 bulan ada 300 solat fardhu dilaksanakan.. Agak-agak??



Kesan yang berlaku di Cairo pada ketika itu adakah lambakan emas yang luar biasa dan merebak ke Madinah dan Mekah kemudiannya. (Setiap orang pasti menerima emas dari Raja Mansa). Akibat harga emas jatuh dan menyebabkan harga barangan dan makanan meningkat sangat tinggi!

Keadaan ini berlarutan selama 20 tahun! 20 tahun ok?? Raja Mansa Musa selesai haji terus pulang ke istana beliau di Mali.



Melihat keadaan yang tidak terkawal, Raja Mesir terpaksa mengadap Mansa Musa untuk memulihkan kembali situasi kenaikan harga barang disebabkan oleh lambakan emas di Cairo, Madinah dan Mekah. Mansa Musa setuju dan beliau menawarkan pertukaran emas dengan harga yang tinggi! Beliau berjaya memperoleh kembali kebanyakan emas yang diberikan!
"Ini adalah satu-satunya peristiwa yang hebat terjadi dalam sejarah manusia iaitu harga emas dikawal oelh seorang individu yang bernama Mansa Musa!"

Mansa Musa meninggal dunia pada 1337H selepas memerintah selama 25 tahun! Peristiwa perjalanan Haji oleh Mansa Musa dicatat dalam sejarah oleh penulis dari Afrika Utara yang terkenal iaitu Al-Omari. Dalam catatan beliau menyebut, 

"Tidak pernah ada Raja yang begitu kaya, hebat, paling ditakuti oleh musuh dan paling dermawan sifatnya sepertimana Raja Mansa Musa."


LIST OF TOP 25 ACCORDING TO CELEBRITY NET WORTH

1. Mansa Musa I, born 1280, Net Worth $400 Billion (£248 billion)
2. The Rothschild Family, born 1744, Net Worth $350 Billion (£217 billion)
3. John D. Rockefeller, born 1839, Net Worth $340 Billion (£211 billion)
4. Andrew Carnegie, born 1835, Net Worth $310 Billion (£192 billion)
5. Nikolai Alexandrovich Romanov, born 1868, Net Worth $300 Billion (£186 billion)
6. Mir Osman Ali Khan, born 1886, Net Worth $230 billion (£142 billion)
7. William The Conqueror, born 1028, Net Worth $229.5 Billion (£142 billion)
8. Muammar Gaddafi, born 1942, Net Worth $200 Billion (£124 billion)
9. Henry Ford, born 1863, Net Worth $199 Billion (£123 billion)
10. Cornelius Vanderbilt, born 1794, Net Worth $185 Billion (£114 billion)
11. Alan Rufus, born 1040, $178.65 billion (£110 billion)
12. Bill Gates, born 1955, Net Worth $136 Billion (£84 billion)
13. William de Warenne, birth unknown, died 1088, Net Worth $147.13 Billion (£91 billion)
14. John Jacob Astor, born 1763, Net Worth $121 Billion (£75 billion)
15. Richard Fitzalan 10th Earl of Arundel, born 1306, Net Worth $118.6 Billion (73 billion)
16. John of Gaunt, born 1340, Net Worth $110 Billion (£68 billion)
17. Stephen Girard, born 1750, Net Worth $105 Billion (£65 bilion)
18. A.T. Stewart, born 1803, Net Wort $90 Billion (£55 billion)
19. Henry Duke of Lancaster, born 1301, Net Worth $85.1 Billion (£52 billion)
20. Friedrich Weyerhauser, born 1834, Net Worth $80 Billion (£49 billion)
21. Jay Gould, born 1836, Net Worth $71 Billion (£44 billion)
22. Carlos Slim Helu, born 1940, Net Worth $68 Billion (£42 billion)
22. Stephen Van Rensselaer, born 1764, Net Worth $68 Billion (£42 billion)
23. Marshall Field, born 1834, Net Worth $66 Billion (£40 billion)
24. Sam Walton, born 1918, Net Worth $65 Billion (£40 billion)
25. Warren Buffett, born 1930, Net Worth $64 Billion (£39 billion)

No comments: