Tuesday 25 June 2013

Senarai Kerja Kosong

Buat adik-adik yang baru sahaja habis study, mesti mencari peluang kerja kosong. Terutamanya lepasan SPM. Mesti ada yang target, terus nak ambil diploma dan ada juga yang berfikir nak sambung STPM. Tak kurang juga mereka yang hilang mood nak sambung belajar. Bagi yang nak continue study, just go through ya adik-adik! Bagi yang tak tahu nak buat apa-apa, why not cari peluang pekerjaan di sekitar anda. Sekurang-kurangnya anda dapat membantu ibu bapa anda bukan? 



Kalau anda terjumpa mana-mana peluang kerja kosong tak kira kerja apa sekalipun (tukang cuci, keja kilang, kerani dll), sambar dulu dik sementara menunggu peluang lebih better. ;) InshaAllah, peluang itu akan tiba. YAKINLAH! Saya pun pelik, kenapalah majoriti rakyat Malaysia kata kerja payah nak dapat? Padahal peluang banyak kiri kanan...!! I'm start working after SPM since 2004, now bila dah stabil sedikit baru continue study. Payah ke nak dapat kerja? Ntahlah...



Okeylah! Di sini, saya senaraikan peluang-peluangnya (InshaAllah) melalui pendaftaran di:
1. Jobstreet (English version) 
2. JobsMalaysia (Kerajaan/Badan Berkanun/Swasta) 
3. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (Perkhidmatan Kerajaan) 
4. Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (Perkhidmatan Kerajaan) 
5. Suruhanjaya Negeri (Perkhidmatan Kerajaan mengikut negeri masing-masing) 
6. Mudah (Swasta dll) 
7. Malaysia Airlines System (MAS) 
8. Air Asia 
9. Mana-mana Universiti/Kolej (Senaraikan Universiti/Kolej just google jer)  
10. Mana-mana Restoran (Contoh macam KFC, McD, Marrybrown dll) 
11. Mana-mana Bank (Senaraikan bank di Malaysia) 
12. Supermarket (TESCO, ECONSAVE, Giant dll)
13. Dan lain-lain yang boleh dijumpai melalui Mr. Google

Banyak peluang bukan?? Bukan susah pun nak cari kerja, cuma kena berusaha lebih sedikit. Siapa yang berusaha, dia yang berjaya! Oh ya! Ada juga peluang mungkin ramai juga yang tidak tahu berkenaan kerja sambil belajar means dua2 dalam masa yang sama! Contohnya Latihan Separa Perubatan boleh didapati di laman web Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia. Bukan itu sahaja melalui Skim Latihan yang boleh didapati di Tabung Haji, Perodua, Proton dsb. Ikut perkembangan di surat khabar dan websitenya ok?



Payah ker nak cari kerja??? Peluang banyak di kiri kanan kita, cuma kita saja yang kurang berusaha.. Nak seribu daya, tak mahu seribu dalih...

No comments: