Monday 17 June 2013

4 Prinsip Asas Kewangan Peribadi

Actually dah lama berazam nak settlekan hutang tapi apa boleh buat tiada ilmu dan kemampuan untuk settlekannya... Tapi Alhamdulillah hasil pembacaan dari pelbagai sumber dapat juga tips nya...

Antara 4 Prinsip Asas Kewangan Peribadi :


FOUR ok??

Bila dah betul-betul ada kesedaran dan semangat bebas dari segala hutang, mungkin sahabat semua boleh pakai PRINSIP KEWANGAN yang saya amalkan ni.
Prinsip #1: Beli secara tunai. Henti dan jauhkan segala urusniaga yang dinamakan ansuran, installment, beli dulu bayar kemudian, skim bayaran mudah dsb. Kalau terpaksa berhutang, itu maksudnya kita belum mampu beli barang tu.

Prinsip #2: Hidup di bawah kemampuan, bukan ikut kemampuan. Beli ikut keperluan, bukan ikut kemampuan, apatah lagi ikut kemahuan. Kalau mampu pakai kereta Proton Inspira, pakai Proton Persona jer lah dulu. Buang lah dulu perkataan “bergaya” dalam hidup tu buat sementara waktu sampai kita benar-benar mampu untuk bergaya.


Prinsip #3: Mulakan tabiat menyimpan. Sikit tak apa, asalkan simpan. Saya dulu pun mula menyimpan RM20 jer sebulan. Buat potongan gaji ke akaun Tabung Haji. Setiap kali naik gaji, saya akan tambah potongan gaji ke Tabung Haji. Kalau tak mampu simpan RM20 sebulan, simpan la RM2 sehari, masuk dalam tabung khas. Nanti hujung bulan masukkan RM2 sehari (RM60 sebulan) tu ke akaun bank.


Prinsip #4: Bina pendapatan kedua. Libatkan diri dalam bisnes, tapi bukan skim-skim 'bisnes'. Anggap gaji tu sebagai duit untuk hidup bulan-bulan, dan bisnes sebagai sumber untuk tambahkan simpanan. Simpan hasil bisnes 100%. Kalau nak guna pun, jangan lebih 50%!

Second income penting sebagai ‘backup’ income utama, dan untuk tambahkan simpanan. Azizi Ali, Pakar Kewangan Peribadi sarankan setiap orang perlu ada second income.

P/S: Doakan untuk saya supaya tiba menuju ke puncak jayanya-BEBAS HUTANG..!! 

No comments: