Wednesday 14 November 2012

HACKER


Saya ambil beberapa petikan dari sebuah group Hacker :) I'm not hacker coz masih kategori BUTA KOMPUTER. Saya setuju sesangat pendapat kalian akan aktiviti hacker ini. Tetapi sayang sejuta kali sayang, gara-gara sesebuah system lemah, para hacker dituduh menjadi penceroboh dan penjenayah dan akhirnya ditangkap dan dipersalahkan! Ape kes??

Di luar negara, para hacker dialu-alukan menggodam dan menguji system di mana-mana syarikat. Ada saya terbaca perihal artikel ini sebelum ini, maaf saya tak ingat akan linknya. Pada pendapat saya, sebenarnya hacker terbahagi kepada dua kategori iaitu :
(i) Angel Hacker - Hanya menguji dan menggodam sesebuah system tetapi tidak mengubah segala isi dokumen, data dan sebagainya. Tidak mengambil sebarang faedah dari sesebuah system, cuma menguji akan kekuatan system itu dan mengasah skilnya.
(ii) Evil Hacker - Menggodam sesebuah system untuk mengambil keuntungan dan faedah semata-mata demi kepentingan dirinya sendiri.

Saya tak faham di Malaysia ini, hacker dipersalahkan akan kelemahan sesebuah system. Sepatutnya pegawai yang in-charge di bahagian website/server/system harus dipersalahkan akan kelemahan system berkenaan. Bukan para hacker! Sepatutnya korang berterima kasih kepada para hacker kerana menegur kelemahan kerja korang, ini tidak asyik diblamed! Buat para pegawai IT, korang dipilih bekerja di sesebuah syarikat/jabatan itu maknanya korang adalah YANG TERBAIK dari segalanya. Kalau asyik dan terus asyik blamed para hacker, maknanya korang bukanlah seperti yang diharapkan. Renung-renungkanlah...

#BUKALAH MATA ANDA, HACKER BUKANLAH SUATU JENAYAH,
HACKER CUMA PENGUJI#

P/S: Aku post hal ini sebab geram dan perihal kesedaran akan kepentingan hacker. Sokmo asyik ngomel masalah system, padahal masalah orang yang buat system tu.


2 comments:

Fendi said...

Terima kasih mengulas mengenai isu ini,teruskan niat dan usaha baik penulis blog menyebarkan maklumat kepada orang ramai,semoga dengan pendedahan ini memberi kesedaran kepada masyrakat umumnya..Hacker Is Not Crime..

Unknown said...

Thanks saudara Fendi... Moga terbuka mata orang ramai akan hal ini.