Friday 9 November 2012

Calon Tertua Ambil SPM ??

Aku cukup SALUTE semangat orang-orang veteran time belajar ni!! Kalah budak-budak muda. Dah diaorang dengan kerja lagi, belajar lagi, anak-anak, cucu-cucu lagi bla bla. Agak-agak korang ada masa relax tak?  For them, they're NEVER GIVE UP!! Thanks in advance to someone-Haji Amran dan senior-senior dari UiTM lain, semangatmu terhadap pelajaran, aku JUNJUNG TINGGI. Doakan untuk aku, moga aku grad cepat-cepat. Aameen... Aameen... Aameen...

Oh ya! Topik kali ini, Calon Tertua ambil SPM bagi tahun 2012. Ada yang perlekeh uncle ini dan ada juga yang respect. Apa-apa pun Uncle Chan Tong, teruskan usaha murni anda. Pasal lulus ke tidak, belakang kira uncle. Janji USAHA, USAHA dan terus USAHA. Anak-anak uncle semua dah berjaya, uncle PASTI BOLEH...!! Chayokkk uncle..!!



"MELAKA 30 Nov. - Seorang penoreh getah berusia 62 tahun di sini mungkin mencatat sejarah sebagai calon tertua yang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di negara ini.

Chan Tong yang mempunyai enam orang anak dan enam cucu adalah antara 77 calon persendirian dan 148 calon sekolah yang mengambil peperiksaan SPM di Sekolah Menengah Seri Pengkalan, Alor Gajah di sini.

Inilah kali kedua Chan menduduki peperiksaan SPM setelah gagal pada tahun 1995.

Ketika ditemui sebelum memasuki bilik peperiksaan hari ini, Chan berkata, dia tidak malu untuk mencuba peperiksaan itu walaupun kehadirannya mungkin dirasai janggal oleh calon-calon sekolah tersebut.

''Saya mengambil peperiksaan SPM untuk memperbaiki diri walaupun sijil itu kelak mungkin tidak dapat membantu saya mendapat pekerjaan yang lebih baik kerana sudah berumur,'' katanya.

Malah jika lulus SPM nanti, Chan berazam untuk mengambil peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) tetapi dia tidak mempunyai cita-cita untuk memasuki universiti.

Dia mengambil sembilan mata pelajaran iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah, Pengetahuan Moral, Matematik, Sains, Perdagangan, Bahasa Cina dan Ekonomi Asas.

Bagaimanapun, beliau yang hanya tamat persekolahan sehingga darjah enam, tidak pasti mata pelajaran manakah yang dijangka lulus cemerlang kali ini.

Chan yang mempunyai anak berusia antara 21 hingga 33 tahun - yang antaranya bekerja sebagai doktor dan guru - berkata, isterinya, Chong Tan, 63, turut memberi galakan untuk dia mengambil SPM kali ini.

''Isteri saya kurang yakin saya akan lulus,'' katanya.

Ditanya mengenai persiapannya, Chan berkata, dia tidak memasuki kelas tuisyen sebaliknya belajar sendiri di rumah termasuk menggunakan bantuan radio untuk belajar bahasa Melayu".


P/S : Tetiba teringin lak nak ambil SPM semula... Nak capai target 'A' straight, agak-agak bila nak ambik... huhu... :)

No comments: